Monday, February 28, 2011

hari terakhir cuti....

hari ni last cuti....xtau nak sambung mc ke x..kalau nak ikut hati,bosan dah duk rumah...tapi kalau nak ikut badan,xbrape nak kuat lagi nak pi mengajar...mcm mana yea....husband tak bagi kata putus lagi.kena tunggu die balik jela...

semalam jiwa jadi kacau...maybe sebab dah luahkan ape yg terpendam,jadi terbawa-bawa pulak.org semua ingat tgh rindu kat anak....tapi tak la jugak..cuma tgh bingung n sedih yang yg tak tahu punca...

Sunday, February 27, 2011

selamat kembali cikgu kira-kira

assalamualaikum...

pertama sekali saya memohon maaf..hampir setahun blog ini tidak aktif...
tiada kesempatan untuk update...tahun ini, insyaAllah akan saya usahakan agar anda dapat mengikuti perkembangan terkini cikgu kita ni...=)

tarikh 22/2/2011...
jam 1.00pm, saya dimasukkan ke wad teratai 2c,htaa kuantan...
kenapa?
atas kelalaian saya,saya tidak menyedari diri ini rupanya membawa satu nyawa...dan pada hari keesokkannya,23/2/2011...nyawa itu tidak lagi berada dalam rahim saya...entah bila,Allah mengambilnya semula...kata doktor"puan mengandung 10 minggu tapi rahim puan bersaiz 8 minggu sahaja manakala anak puan berusia 6 minggu sahaja,saiz ini berkurang mungkin kerana puan masih menyusu badan....kami minta maaf untuk katakan bahawa anak puan mmg sah sudah tiada lagi,ini semua hasil ujian,scan dan puan sendiri dah lihat,tiada denyutan jantung yg kedengaran.kami minta maaf,esok,kami terpaksa melakukan proses d&c ...."

Ya Allah....pada ketika itu,saya hanya sendirian,tiada suami di sisi(bekerja). hancur luluh hati saya...bertubi-tubi saya bertanya pada diri,kenapa kau xtahu?kenapa kau xnak dengar nasihat org,cek pregnant ke x?kenapa tak ada tanda2 mual atau pening2?...dan yang paling menyedihkan,bila anak umi pergi?apa salah yang umi dah buat sampai anak umi pergi?
umi tersalah makan ke?umi ada buat kerja lasak ke?apa yang umi buat sayang?

namun tiada jawapan yang saya dapat...

kecewanya saya kerana satu nyawa hidup dan pergi tanpa saya sedari..ibu jenis apakah yang tidak sedari semua ni?sibuk sangat ke sampai badan sendiri tidak terjaga?....

jam 5.45 petang,23/2/2011
berat kelopak mata ni...ade dua wanita berpakaian kuning dan biru...hampir 5 minit baru saya sedar sepenuhnya...soal saya,mana anak saya,misi?boleh saya tengok anak saya?....
kedua-dua mereka hanya diam....akhirnya yang berbaju kuning menjawab,puan,anak puan kami dah hantar ke makmal untuk diperiksa.sekiranya masih ada sisa yang tertinggal,kami akan maklumkan puan,setakat ini,alhamdulillah,semuanya dah selesai...
sekali lagi,kantung mata saya tidak dapat menahan arusnya...Ya Allah,aku hanya ingin melihat dia untuk kali terakhir....namun apakan daya,setelah beberapa kali memohon,tiada yang membenarkan...

pulang ke wad,suami dan anak dah menunggu...ku simpan jauh2 perasaan kecewa...biarlah Allah sahaja yang tahu apa yang tersimpan di dalam benakku ini...sumpah,sehingga hari ini,tiada yang tahu..kini,blog ini menjadi saksi...kucurahkan segala-galanya...

nurse meminta untuk tidak bergerak selama 6 jam...suami,anak dan ayah dah balik...sekali lagi menahan azab...6 jam untuk tidak dapat tidur tapi terpaksa menahan lenguh...syaitan mula menghasut...bermacam2 andaian dan hasutan..Ya Allah,ampunkan aku..beberapa hati telah kusakiti malam itu..kenapa?hanya kerana diri ini sendiri menghadapi azab tersebut!

esoknya,khamis,24/02/11 jam 7 mlm..saya dibenarkan pulang....terubat segala penderitaan bila melihat keletah shahid...'mama,mama,ape tu?'...tutur kata yang kerap disebut kini...masih belum berjaya memanggil umi...xpelah,sekurang2nya,dia tahu bezakan ayah n mama...

hari ni,28/02/2011...
genap hari ke-6 berpantang....shahid berada si gombak,mengikut opah n atuk bercuti...suami bekerja,saya di rumah mak...kesihatan makin baik cuma masih perlukan cuti untuk berehat dari segi emosi...saya bimbang untuk kembali mengajar...suami ada menegur,saya sangat sensitif...entahla,bila perasaan tidak diluahkan,inilah hasilnya...maafkan sayang,abg...hakikat ni agak sukar utk diterima...bukan anak kucing yg mati,tetapi anak sendiri...beban perasaan tu amat berat....apa yang boleh saya harapkan,masa akan dapat mengurangkan segala derita...

sekian dulu coretan yang agak berterabur ini...kita berjumpa lagi nanti....assalamulaikum

Tuesday, May 4, 2010

semalam gi taklimat hari koperasi..tahun ni,ganjaran untuk sekolah ialah rm2000..tetapi banyak criteria yang die nak...dan ade juga progam perlancongan sekolah..tang tu dah dapat idea..sebab koperasi mrsm kuantan n semsas merupakan sekolah terpilih pada tahun lepas n sebelum2nya..jadi,cikgu nak usahakan untuk bawa pengawas koperasi dan ahli kelab koperasi melawat koperasi sekolah2 tu..especially untuk mintak tips berniaga..insyaAllah..doakan cikgu yea..

Monday, May 3, 2010

HAPPY BIRTHDAY CIKGU KIRA-KIRA

assalamualaikum semua.....

akhirnya setelah sekian lama asyik melihat suami dan rakan-rakan memeriahkan blog masing-masing, kini...lahirlah blog saya yang sulung..HAPPY BIRTHDAY CIKGU KIRA-KIRA...

aneh kan...perlahan langkah ini untuk bersama-masa kalian mencipta blog padahal saya bukanlah generasi yang tidak kenal apa itu facebook, twitter..tapi bak kata orang..better late than never...so,nantikan celoteh dari cikgu kira-kira...

SELAMAT MALAM DUNIA...